

Assalamualaikum w.b.t,topik kita kali ney nak membincangkan pasal seni pertahanan diri yang sememangnya kita semua da biasa dengar atau lihat,iaitu SILAT...

tapi adakah kita tahu apa itu silat?????
silat adalah perkataan tafsiran bagi seni pertahanan diri yang yang dicipta di kepulauan melayu dan semenanjung tanah melayu di bahagian asia tenggara.Secara aslinya silat dikembangkan di semenanjung Malaysia,selatan Thailand,Indonesia dan singapura selain dipraktikkan secara tradisional di Brunei,Cambodia,Vietnam,Myanmar dan Filipina.Hasilnya,ia dikait rapat dengan seni pertahanan diri yang lain di selatan krabi krabong dan eskrima.Pengamalnya dipanggil sebagai pesilat.Terdapat juga silat hasil gabungan cina yang digelar Kuntao.Beratus-ratus gaya terdapat dalam arena persilatan tapi tujuannya iaitu menumpukan kepada pukulan,memanipulasi sendi,menggunakan senjata tajam,teknik gaya haiwan,balingan,serta kombinasi pukulan yang lain.Sekolah silat dapat dilihat pada organisasi kebangsaan di setiap negara utama di mana seni ini dipraktikkan.Contohnya:
a)Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia(PESAKA)
b)Ikatan Pencak Silat Indonesia(IPSI)
c)Persekutuan Silat Brunei Darussalam(PERSIB)
d)Persekutuan Silat Singapura(PERSIS)
TERMINALOGI....
asal perkataan silat tidak diketahui tapi terdapat teori yang mengatakan ia bersal dari perkataan minang iaitu SILEK,tetapi etimologi(asal-usul) perkataan silek juga tidak dapat dikesan.Teori lain mengatakan bahawa ia diambil dari perkataan SILAMBAM,yang mana telah lama digunakan oleh masyarakat india di Malaysia.
SEJARAH...........
mengikut kajian dari bahan kajian dan hasil bertanya para pengamal silat,banyak yang ,mengatakan bahawa silat ini berasal dari cara pemburuan masyarakat melayu purba suatu masa dulu dan latihan ketenteraan mereka.Ketua pemburu akan melakukan suatu 'tarian peperangan' dan ini dikatakan sebagai salah satu bentuk gaya bebas silat.Bukti pertama penemuan silat adalah di SUMATRA,di mana mengikut lagenda tempatan.Seorang wanita telah berpandukan cara berlawan dari pergerakan haiwan yang sedang berlawan.
JENIS-JENIS SILAT...
INDONESIA-
1..Harimurti-seni pertahanan diri tradisional jawa yang bersal dari kraton,Yogyakarta.Jenis ini
diajar di luar istana raja oleh RM Harimurti.sekolah ditubuhkan pada 1932 oleh
anak muridnya suko winadi.
2..silat tuo minangkabau-tarian tradisional,penyembuhan dan pertahanan diri sumatra
mengandungi gaya silat haqq,kumango,pauh,lintau,sterlak,harimau,minangkabau. 3..silat walisongo-silat tradisional yang menggunakan pukulan tanah,kunci,dan senjata.
4..PSTD-pencak silat tenaga dasar ditemui tahun 1987 dan diketuai oleh kak jimmy thaibsyah
5..tapak suci(putera muhammadiyaah)-dikenali sebagai silat aliran,memakai uniform merah
dan mengikut ajaran Islam,pada masa kini merupakan
dan mengikut ajaran Islam,pada masa kini merupakan
salah satu perguruan terbesar di Indonesia.
selain itu..
6..pencak silat inti ombak
7..persatuan gerak badan bangau putih
8..silek tuo dan harimau
9..pencak silat pertempuran
10..bunga cantik pencak silat
11..silat padjadjaran nasional
12..pencak silat outuz
13..pukulan bongkot
14..pukulan pentjak silat serak
15..paguron penca silat nampon
16..bakti negara
17..mutiara panca rasa
18..perisai diri
19..cimande(monkey,tiger and stick style)
20..pukulan cimande pusaka
21..pencak silat mande muda
MALAYSIA-
1..silat kalimah-dijumpai 512 selepas hijrah iaitu 1118masihi,rahsia sultan,diamalkan oleh
sultan Kedah pada tahun 1556masihi.
2..silat angin
3..seni gayung fatani
4..Gayung Malaysia
5..Gayung combat
6..silat cekak Malaysia
7..silat lincah
8..silat teralak asli
9...seni silat bongsu
10..silat sendeng
FILIPINA-
1..AMOK-gabungan bagi seni silat,eskrima dan pertahanan diri filipina..diberi nama oleh Tom
sotis.
2..piper system atau cape knife fighting
3..poekolan tijmindie tulen
LAIN2-
1..Maphilindo silat
2..silat embo
3..pencak silat sharaf
SENJATA-SENJATA SILAT..
a)TAJAM
1-kris
2-parang
3-tombak
4-kerambit
5-kujang
6-sabit
7-badik
8-sundang
9-tumbuk lada
10-seligi
11-pisau
12-trisula
13-cabang
14-tekpi
15-kapak/beliung
16-jian
17-katana
b)TUMPUL
1-tongkat
2-tembung
3-galah
4-gedak
5-kipas
6-kayu
7-rantai
8-chakok
c)LAIN2
1-cindai/sarong/samping
2-cakera
3-kipas
4-perisai
5-senapang(ngarut kan tapi memang ada dalam zaman ketenteraan)
ok,jadi tu r fakta2 yang dapat saya kongsikan setakat ini..moga2 dengan fakta yang saya kongsikan ini kita dapat mengenali dengan lebih baik akan budaya dan seni warisan bangsa kita supaya kita tidak menjadi orang yang sekadar tahu tapi tidak faham..wassalam
No comments:
Post a Comment