Friday, March 5, 2010

Salam Perkenalan


Assalamualaikum n selamat sejahtera,sebelum memulakan blog ini ingin saya memperkenalkan diri.nama saya zahir,anak kelahiran muar(tapi lebih top dipanggil muo).saya seorang bekas pelajar di SMK Dato' Seri amar diraja(sekolah ney boleh tahan top gak).OK,balik kepada topik asal,tujuan saya menulis blog ini salah satu dari mengisi masa lapang ialah berkongsi tentang minat dengan anda semua.Sebelum itu apa itu MINAT???dan kenapa saya memilih topik berkenaan MINAT??
Dari pelbagai sudut yang saya baca dan saya fahami sendiri minat ini merupakan suatu perkara yang kita suka apabila melakukannya.Ia tidak perlukan paksaan,malahan ia mampu membuat orang yang melakukannya berasa gembira ke tahap klimaks(jangan fikir lain).Minat juga boleh boleh menjadikan kita seorang yang terkenal,kaya,dan sebagainya,selain dapat mencungkil bakat kita terhadap sesuatu perkara secara tidak sengaja.Namun begitu,minat juga boleh cenderung ke arah negatif atau positif berpandukan cara pemikiran seseorang.
Minat amat penting kepada kita kerana tanpa minat ia seolah-olah seperti masakan tanpa rasa yang hanya boleh mengenyangkan tapi tidak dapat mendatangkan keseronokan dan kenikmatan semasa makan dan pasti lama-kelamaan kita berasa jemu. Tanpa minat manusia tidak tahu apakah matlamat hidup dan tidak dapat mencapai keseronokan dan kenikmatan hidup.
Minat jugalah yang membezakan antara manusia yang berilmu dan tidak berilmu.Hal ini kerana manusia yang berilmu ialah manusia yang minat untuk mencari ilmu dan begitulah sebaliknya..jadi disini,apa yang penting ialah kita sebagai manusia wajib menggunakan anugerah Tuhan iaitu AKAL dengan sebaik-baiknya supaya kita boleh menilai sendiri apa yang baik dan buruk untuk diri kita...wassalam....

No comments:

Post a Comment