Saturday, March 6, 2010

subjek#2-Gitar la ape lagi..

Assalamulaikum W.B.T dan selamat sejahtera,entri kali ini seperti yang dilihat pada tajuk dah tentu2nye berkaitan tentang gitar,jadi saya fikir tidak perlu saya bercakap panjang tentang bentuk dan cara permainannya...


Jadi untuk lebih menarik saya fikir saya ingin menerangkan tentang perkara2 yang bersangkut dan berpaut dengan gitar contohnya tokoh2,gajet dan jenis2nya..



ok,gitar ney sememangnya digunakan dalam kebanyakan jenis gaya muzik seperti rock,blues,reggae,flamenco dan juga boleh dikatakan kebanyakan lagu pop...

wokey!jadi nak diteruskan cerita pasal gitar ney saya listkan dulu antara tokoh-tokoh sama ada dalam atau luar negara yang sememangnya kalau kita dengar nama pun da tahu dowang ney buat ape..(tak semua r saya listkan,tapi ney antara yang terbaik)

Pakar2 Penggoreng(gitar r)
1)Slash-Gun N' Roses dan Velvet Revolver(sekarang)
2)Jimi Hendrix-Jimi Hendrix Experience
3)Tom Morello-Rage Against The Machine
4)Jimmy Page-Led Zeppelin
5)Mark Knopfler-Dire Straits
6)Ritchie Blackmore-Deep Purple
7)Kirk Hammett-Metallica
8)Yngwie Malmsteen


ney lak dalam negara..
1)Man Keedal-Lefthanded
2)Sham Kamikaze-Kamikaze
3)Julian Mokhtar-Blues Gang
4)Hillary Ang-Search
5Rosli Muhalim-sweet Charity
6)Rudy-Kristal(walaupun baru tapi skill x boleh dipertikaikan)






G.A.J.E.T@EFFECT UNITS

Gajet ney memainkan peranan penting gak dalam seni permainan gitar..ia banyak merubah dan mevariasikan bunyi gitar...

JENIS..
a)Dynamics
-clean boost
-de-esser
-noise gate
-compressor
-tremolo

b)Tone
-Wah-Wah pedal
-overdrive dan distortion
-Equalizer
-Ring modulation

c)Berdasarkan masa
-delay
-echo
-reverb
-flanging
-phase shifting
-looper pedal

d)Frekuensi
-chorus
-pitch shifter
-vibrato
-harmonic exciter




SEDARA -MARE GITAR..
  • 1-gitar akustik
  • 2-renaissance dan baroque guitar
  • 3-classical guitar
  • 4-extended-range classical guitar
  • 5-flamenco guitar
  • 6-portuguese guitar
  • 7-flat- top(steel-string)guitar
  • 8-archtop guitar
  • 9-selmer-maccaferri guitar
  • 10-resonator,resophonic atau dobro guitar
  • 11-12-string guitar
  • 12-russian guitar
  • 13-acoustic bass guitar
  • 14-guitarr'on
  • 15-tenor guitar
  • 16-harp guitar
  • 17-extended-range guitars
  • 18-guitar battente
  • 19-gitar elektrik

jadi post kali ney habis setakat ney,semoga info yang saya kongsikan berguna buat kita semua...rock steady!!!..wassalam




Friday, March 5, 2010

Subjek#1-Apa Itu Silat??






Assalamualaikum w.b.t,topik kita kali ney nak membincangkan pasal seni pertahanan diri yang sememangnya kita semua da biasa dengar atau lihat,iaitu SILAT...




tapi adakah kita tahu apa itu silat?????




silat adalah perkataan tafsiran bagi seni pertahanan diri yang yang dicipta di kepulauan melayu dan semenanjung tanah melayu di bahagian asia tenggara.Secara aslinya silat dikembangkan di semenanjung Malaysia,selatan Thailand,Indonesia dan singapura selain dipraktikkan secara tradisional di Brunei,Cambodia,Vietnam,Myanmar dan Filipina.Hasilnya,ia dikait rapat dengan seni pertahanan diri yang lain di selatan krabi krabong dan eskrima.Pengamalnya dipanggil sebagai pesilat.Terdapat juga silat hasil gabungan cina yang digelar Kuntao.Beratus-ratus gaya terdapat dalam arena persilatan tapi tujuannya iaitu menumpukan kepada pukulan,memanipulasi sendi,menggunakan senjata tajam,teknik gaya haiwan,balingan,serta kombinasi pukulan yang lain.Sekolah silat dapat dilihat pada organisasi kebangsaan di setiap negara utama di mana seni ini dipraktikkan.Contohnya:




a)Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia(PESAKA)


b)Ikatan Pencak Silat Indonesia(IPSI)


c)Persekutuan Silat Brunei Darussalam(PERSIB)


d)Persekutuan Silat Singapura(PERSIS)




TERMINALOGI....



asal perkataan silat tidak diketahui tapi terdapat teori yang mengatakan ia bersal dari perkataan minang iaitu SILEK,tetapi etimologi(asal-usul) perkataan silek juga tidak dapat dikesan.Teori lain mengatakan bahawa ia diambil dari perkataan SILAMBAM,yang mana telah lama digunakan oleh masyarakat india di Malaysia.





SEJARAH...........


mengikut kajian dari bahan kajian dan hasil bertanya para pengamal silat,banyak yang ,mengatakan bahawa silat ini berasal dari cara pemburuan masyarakat melayu purba suatu masa dulu dan latihan ketenteraan mereka.Ketua pemburu akan melakukan suatu 'tarian peperangan' dan ini dikatakan sebagai salah satu bentuk gaya bebas silat.Bukti pertama penemuan silat adalah di SUMATRA,di mana mengikut lagenda tempatan.Seorang wanita telah berpandukan cara berlawan dari pergerakan haiwan yang sedang berlawan.

JENIS-JENIS SILAT...

INDONESIA-

1..Harimurti-seni pertahanan diri tradisional jawa yang bersal dari kraton,Yogyakarta.Jenis ini
diajar di luar istana raja oleh RM Harimurti.sekolah ditubuhkan pada 1932 oleh
anak muridnya suko winadi.
2..silat tuo minangkabau-tarian tradisional,penyembuhan dan pertahanan diri sumatra
mengandungi gaya silat haqq,kumango,pauh,lintau,sterlak,harimau,minangkabau. 3..silat walisongo-silat tradisional yang menggunakan pukulan tanah,kunci,dan senjata.

4..PSTD-pencak silat tenaga dasar ditemui tahun 1987 dan diketuai oleh kak jimmy thaibsyah

5..tapak suci(putera muhammadiyaah)-dikenali sebagai silat aliran,memakai uniform merah
dan mengikut ajaran Islam,pada masa kini merupakan
salah satu perguruan terbesar di Indonesia.


selain itu..


6..pencak silat inti ombak


7..persatuan gerak badan bangau putih


8..silek tuo dan harimau


9..pencak silat pertempuran


10..bunga cantik pencak silat


11..silat padjadjaran nasional


12..pencak silat outuz


13..pukulan bongkot


14..pukulan pentjak silat serak


15..paguron penca silat nampon


16..bakti negara


17..mutiara panca rasa


18..perisai diri


19..cimande(monkey,tiger and stick style)


20..pukulan cimande pusaka


21..pencak silat mande muda




MALAYSIA-




1..silat kalimah-dijumpai 512 selepas hijrah iaitu 1118masihi,rahsia sultan,diamalkan oleh
sultan Kedah pada tahun 1556masihi.

2..silat angin


3..seni gayung fatani


4..Gayung Malaysia


5..Gayung combat


6..silat cekak Malaysia


7..silat lincah


8..silat teralak asli


9...seni silat bongsu


10..silat sendeng


FILIPINA-

1..AMOK-gabungan bagi seni silat,eskrima dan pertahanan diri filipina..diberi nama oleh Tom
sotis.


2..piper system atau cape knife fighting


3..poekolan tijmindie tulen

LAIN2-

1..Maphilindo silat


2..silat embo


3..pencak silat sharaf

SENJATA-SENJATA SILAT..
a)TAJAM

1-kris
2-parang
3-tombak
4-kerambit
5-kujang
6-sabit
7-badik
8-sundang
9-tumbuk lada
10-seligi
11-pisau
12-trisula
13-cabang
14-tekpi
15-kapak/beliung
16-jian
17-katana

b)TUMPUL

1-tongkat
2-tembung
3-galah
4-gedak
5-kipas
6-kayu
7-rantai
8-chakok

c)LAIN2
1-cindai/sarong/samping
2-cakera
3-kipas
4-perisai
5-senapang(ngarut kan tapi memang ada dalam zaman ketenteraan)

ok,jadi tu r fakta2 yang dapat saya kongsikan setakat ini..moga2 dengan fakta yang saya kongsikan ini kita dapat mengenali dengan lebih baik akan budaya dan seni warisan bangsa kita supaya kita tidak menjadi orang yang sekadar tahu tapi tidak faham..wassalam

Salam Perkenalan


Assalamualaikum n selamat sejahtera,sebelum memulakan blog ini ingin saya memperkenalkan diri.nama saya zahir,anak kelahiran muar(tapi lebih top dipanggil muo).saya seorang bekas pelajar di SMK Dato' Seri amar diraja(sekolah ney boleh tahan top gak).OK,balik kepada topik asal,tujuan saya menulis blog ini salah satu dari mengisi masa lapang ialah berkongsi tentang minat dengan anda semua.Sebelum itu apa itu MINAT???dan kenapa saya memilih topik berkenaan MINAT??
Dari pelbagai sudut yang saya baca dan saya fahami sendiri minat ini merupakan suatu perkara yang kita suka apabila melakukannya.Ia tidak perlukan paksaan,malahan ia mampu membuat orang yang melakukannya berasa gembira ke tahap klimaks(jangan fikir lain).Minat juga boleh boleh menjadikan kita seorang yang terkenal,kaya,dan sebagainya,selain dapat mencungkil bakat kita terhadap sesuatu perkara secara tidak sengaja.Namun begitu,minat juga boleh cenderung ke arah negatif atau positif berpandukan cara pemikiran seseorang.
Minat amat penting kepada kita kerana tanpa minat ia seolah-olah seperti masakan tanpa rasa yang hanya boleh mengenyangkan tapi tidak dapat mendatangkan keseronokan dan kenikmatan semasa makan dan pasti lama-kelamaan kita berasa jemu. Tanpa minat manusia tidak tahu apakah matlamat hidup dan tidak dapat mencapai keseronokan dan kenikmatan hidup.
Minat jugalah yang membezakan antara manusia yang berilmu dan tidak berilmu.Hal ini kerana manusia yang berilmu ialah manusia yang minat untuk mencari ilmu dan begitulah sebaliknya..jadi disini,apa yang penting ialah kita sebagai manusia wajib menggunakan anugerah Tuhan iaitu AKAL dengan sebaik-baiknya supaya kita boleh menilai sendiri apa yang baik dan buruk untuk diri kita...wassalam....